Olimpiad Catur
Olimpiad Catur

Olimpiad Catur

Olimpiad Catur merupakan sebuah kejohanan catur antarabangsa yang dipertandingkan antara pasukan-pasukan kebangsaan dan diadakan secara dwitahunan. Dianjurkan oleh Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE), kejohanan pertamanya telah berlangsung pada tahun 1927 di London. Penganjurannya pernah terganggu semasa Perang Dunia II dan kemudiannya disambung semula pada tahun 1950 , di mana ia telah diadakan setiap tahun genap sejak itu. Sejak tahun 2008, pasukan catur kebangsaan yang menyertai Olimpiad Catur terdiri daripada empat pemain dan seorang pemain gantian.

Olimpiad Catur

Status Aktif
Kekerapan Dwitahunan
Lokasi Pelbagai tempat
Dianjurkan oleh Persekutuan Catur Antarabangsa
Ditubuhkan 1924; 98 tahun yang lalu (1924)
Genre Acara sukan